Bissimillahirrahmanirahim.....Assalamualaikum untuk semua pembaca2 blog ku ini..
terasa macam nak buat survey kejap...jawab ya atau tidak bagi soalan "CUKUPKAH 24JAM UNTUK KITA?" ish2...mesti ramai akan kata kalau boleh panjang kan masa lagi. alangkah bagusnya..Okay sebenarnya nak story morry ni..tentang cuti raya...dan kepulangan pelajar U diseluruh negara yang berpusu-pusu pulang ke U masing2 setelah puas bercuti di hari lebaran ni...Puas ke? hehe...tepuk dada tanya hati..
heheh...inilah komen2 rakan ku yang sempat ku skodeng..mengeluh kena balik U selepas sakan bercuti..
ada yang cuti 2 minggu..seminggu...tak cukup ke untuk mereka bercuti? dan mengeluh ketika harus pulang ke U? mungkin aku belum ada perasaan seperti mereka yang berpeluang sambung belajar dan menantikan detik cuti untuk pulang ke kampung halaman..
Namun kalau difikir-fikirkan kenapa nak cuti lama-lama? bukankah lebih elok sekiranya cutinya dikawal..namun lebihkan kepada belajar? Nama pun dah peringkat U kan..bukan sekolah menengah lagi..lagipun kelas majoritinya seminggu cuma beberapa kali sahaja..mungkin terlalu banyak assignment membuatkan mereka tidak merasa kehangatan cuti itu..huhu...entahlah kan..
bagi aku sekiranya kita dah buat keputusan untuk belajar atau bekerja haruslah berkorban segalanya bermula dengan masa..rehatnya..tenaga...ada satu perkara yang aku belajar di PLKN..bukan waktu yang membuat kita cukup masa untuk melakukan semuanya dalam sehari,namun kita yang membuat agar waktu dalam sehari itu cukup untuk kita...faham tak? hehe...yelah...kalau diikutkan hati dan badan yang malas..masa yang ada kat kem tak cukup langsung untuk rehat..basuh baju..kerana kepadatan aktivitinya setiap hari..bergantung pada kepandaian seseorang pelatih itu untuk mengolah masa atau erti kata lain mencuri masa...agar harian kita menjadi sempurna..
Jadi cukupkah 24 jam sehari untuk kita? Bila kita melangkah ke dunia pekerjaan atau dunia pengajian..kita haruslah pandai membahagikan masa untuk diri sendiri..keluarga..rakan-rakan dan masyarakat setempat...
sekian..ini sahaja coretan ku...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
WASALAM....





2 singgah selalu:
erm....pada aku lebih baik balik u cecepat coz banyak benda nak kene buat....ape yang ko blajo kat plkn aku pun blajo..so...buat masa nie aku dapat praktikkannya..hehehehe....
hohoho...bagus tu...^^ so pandai2 kita manage waktu itu agar semua berjalan lancar..
Post a Comment