Salam bulan Ramadhan Al-Mubarak..berkongsi disebalik pemerhatian ku..
Seumur hidup aku hampir 18 tahun...pelbagai pengalaman yang aku tempuhi,..yang adakalanya mematangkan aku..dari dunia MLM,direct selling hinggalah dunia sebenarnya...ketika aku diusia muda dunia MLM adalah dunia fantasi yang tak mungkin semua orang akan bahagia berada didalamnya..Adakalanya orang bawahan berhempas pulas bekerja..namun orang atasan yang mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda..
Namun aku tidak menafikan ada sesetengah orang yang berjaya menyelamatkan diri dalam dunia MLM..kerugian beribuan ringgit bagi mereka itu biasa dan lumrah..Namun bagi mereka yang baru bertatih..pastinya tampar yang hebat..dan trauma bagi mereka..
Dari dunia MLM..beralih ke dunia sebenarnya..disini aku berkesempatan mengenali dunia yang isi dalamnya berusaha menggapai langit yang tinggi agar tidak ketinggalan daripada mereka yang lain..Dunia makanan..dikesempatan ini aku sempat merasai rasanya menguruskan sebuah kafe yang menyediakan makanan dan minuman..belajar melayani pelanggan yang pelbagai karenah..dan belajar menjaga imej kafe dari sudut kekemasan,kebersihan dan perkhidmatan..Andai aku ada peluang..satu-satunya perkara aku nak buat ialah membuka sebuah kafe.
Beralih ke dunia pemakaian..jualan melalui internet mendapat sambutan..Alhamdulillah..kini beralih ke jualan yang perlu berhadapan dengan orang ramai...seperti last entri ku yang menceritakan tentang pengalaman aku berniaga di PG WALK..dan pengalaman yang aku rasai kini adalah...
Wujudkah rumah tanpa peti surat? dikawasan perumahan elit sudah tentunya pihak pemaju menyediakan peti surat kan? jom intai kisah disebalik peti surat..
Aku nak cerita mengenai pengalaman aku menjadi pengedar risalah separuh masa..mengedarkan risalah dari rumah ke rumah..pengalaman yang dirasa pada waktu malam di bulan ramadhan...bermula aktiviti selepas solat terawih..sekitar 10.30pm aku dan kakak ku memulakan kerja didestinasi pertama disebuah taman perumahan...perasaan gementar bercampur dengan sifat keterujaan yang teramat sangat..ahahaha..
Jam 10.30 malam..ada lah masa yang tepat bagi sebuah taman perumahan menjadi sunyi..masalah yang aku alami..:
1. Peti surat terlalu tinggi(melebihi ketinggian aku)
solution: panjat deh tembuknya...huhu..
2. sudah sinonim jika ada peti surat dibawah nya tong sampah..peh baunya jangan cakap..semput aku..
solution: abaikan bau tu....teruskan kerja..tapi kalau posmen yang hari hantar surat tu boleh tahan erh?
3. mengedar risalah dimalam hari..seram sejuk..
solution: nasib baik bulan ramadhan..heheh...tak takut sangat..
4. malu..ketika ada yang diluar rumah
solution: lalu je tanpa singgah kat rumah orang tu..;)
5. peti surat yang penuh umpama tiada orang dirumah tersebut..
solution: sumbatkan aje risalah dan surat2 mereka...
Sampai disatu saat..aku tak jumpa mana peti surat ada satu rumah ni...sudah lah gelap..rumah nya penuh pokok..langsung aku tak nampak apa2..meraba-raba aku mencari petisurat tu..tak jumpa-jumpa..
rupanya aku silap masuk..rumah corner lot ada 2 pintu biasa nya...aku masuk pintu belakang memang tak ada peti surat..sebab peti surat tu kat main gate...hahaha..ketawa aku sorang2..kalau ketawa kuat2 alamatnya satu perumahan dengar...so ketawa cover2 je lah...
itu lah something aku nak cerita pengalaman manis aku...
~ sebab itu kata hati aku berkata: Mungkin aku tidak seuntung rakan2 ku yang berjaya melanjutkan pelajaran disaat aku masih dirumah..namun mereka tidak seuntung aku yang meninggalkan mereka jauh kehadapan..PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA, DAN JUGA GURU TERBAIK KEHIDUPAN IALAH PENGALAMAN....Wasalam...




3 singgah selalu:
ermmm.....ok la..aku nak join ko jer rasanya...boleh tak??huhuuhu....so,ko may b lambat sambung blajo,tapi ko dapat benda lain...ok....so apy with your life ayu!!!!
thanks tika..hahaha....
lega rasa bercampur sedikit ketenangan...^@^ kenapa ko nak join aku lak? aku bukan ada apa2...
yur ar...best tau uat sesuatu yang baru yang kita x penah buat.......bak kate ko 'PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA,DAN JUGA GURU TERBAIK KEHIDUPAN IALAH PENGALAMAN'
Post a Comment