Wǒ ài wǒ de bókè..;)

bila nak graduate ni...http://www.cute-smiley.com Daisypath Anniversary tickers

Sunday, July 25, 2010

Bingkisan Terakhir

Dapatkah langit yang terbentang luas tanpa bintang? Hanya ada bulan..mesti tak lengkap kan..begitu lah hidup Laila tanpa Firdaus,rakan sepermainannya..Laila dan Firdaus sangat rapat sehinggakan orang menggelarkan mereka belangkas..sedangkan mereka hanya kawan..hubungan rapat mereka menimbulkan iri hati pada siapa yang melihat mereka..Bagi Laila,Firdaus adalah kekuatan nya..

" Kalau kita bagi kasut kat seseorang..maknanya tanda perpisahan ke?" tanya Laila.

" Mungkin.."

Hari demi hari berlalu...Semesta baru bermula..Laila masih mengambil kos 'art and design' sedangkan Firdaus mengambil kos pengurusan perniagaan..Perbezaan kos bukan menjadi penghalang untuk mereka menghabiskan masa bersama...Belajar..Makan..Membeli belah..



Tiupan angin menemani mereka yang sedang khusyuk belajar di bawah pohon Angsana..

" Assalamualaikum..boleh tumpang tanya?"

" Waalaikumsalam..boleh saudari.." jawab Firdaus pantas..

" Dimana pejabat pentadbiran,saya nak lapor diri." balas gadis itu..

" Saudari terus saja..then belok kiri..nanti nampaklah pejabat tu.."

" Terima kasih.." balas itu di sambut dengan senyuman Firdaus..mata nya melirik melihat gadis itu sehinggalah gadis itu hilang dari pandangannya..

" oit..pantang nampak awek dahi licin..bulat je mata nya tu.." sergah Laila.. Firdaus hanya tersenyum..

" Alah..bukan selalu."

Semenjak kejadian itu..hubungan gadis itu dengan Firdaus semakin rapat..kini di antara Laila dan Firdaus,ada gadis itu..

" Gentlemen lah...kau pergi je tanya siapa nama dia." kata Laila..

Dengan perasaan gementar..Firdaus memberanikan diri..menuju ke gadis itu..

" Nama dia Sarah .. Miasarah Razali.." kata Firdaus dengan penuh senyuman dibibirnya...Laila tidak pernah lihat senyuman itu terukir semenjak Firdaus kehilangan adik kesayangannya..

Kehadiran Miasarah mengubah segalanya..Miasarah bukan gadis biasa..Dia mempunyai kelebihan tersendiri..Gadis berbaju kurung,rambut ikal mayang itu berjaya menambat hati Firdaus..

" Berangan je!" sergah Firdaus mematahkan lamunan Laila yang mengingati saat pertama Firdaus berkenalan dengan gadis yang bernama Miasarah itu..Laila hanya membalasnya dengan senyuman..

" Laila..jom lah ikut kami ke bandar..Nak beli buku rujukan.." sapa Miasarah..

" Korang pergi je lah..Aku kena balik..teman mak aku pergi hospital.."

" Kenapa muka kau pucat ni,Laila?" tanya Firdaus,risau melihat perubahan fizikal Laila..Laila semakin kurus..Mukanya pucat lesu..

" Tak ada apa-apa lah..Aku penat je kot...Aku balik dulu.." penjelasan Laila membuatkan Firdaus dan Miasarah terpinga-pinga...

Hari berganti hari..burung menari di udara gembira mencari rezeki..pokok-pokok merimbun ditiup angin..

" Mana Laila ni..dah berapa hari tak masuk kelas.." merungut Firdaus didalam hatinya...

" Awak telefon lah rumah Laila..mana tahu ada yang menjawab.." celah Miasarah seakan-akan mengerti hati Firdaus.

 **************************************************
" Assalamualaikum..Cik Mah,saya Firdaus..Laila ada?" sapaan Firdaus ketika panggilannya dijawab.

" Waalaikumsalam..Laila tak ada kat rumah..dia kat hospital..ni Cik Mah nak pergi jenguk dia.."

" Laila masuk hospital?"

" Dah seminggu dia koma,nak.."

Namun keadaan dihospital menggamitkan rasa..

" Cik Mah..Laila mana?" Firdaus terus mendapatkan Cik Mah,ibu kepada Laila. Namun pertanyaan itu hanya dibiarkan sepi dan ditemani linangan airmata..

" Maafkan kami,puan. Kami telah mencuba sedaya upaya..namun anak puan tak dapat kami selamatkan.." jelas doktor yang merawat Laila.

" Inalillahi wa inailaihi rojiun.. " berita itu diterima dengan penuh tenang..hanya linangan airmata kedukaan membasahi pipi..


" Laila!!" berita itu memberikan tekanan besar pada Firdaus..Di saat itu..dia tidak lagi dapat ditenangkan oleh Miasarah lagi..Kedukaannya bertambah apabila dia kehilangan rakan yang dia sayangi..


Seminggu berlalu..


" Arwah selalu cerita tentang kamu pada Cik Mah. Walaupun dia tak beritahu,Cik Mah yakin dia suka kan kamu..sebab tu lah dia tak bagi Cik Mah beritahu kamu tentang penyakit dia..sebab dia tak mahu kamu sedih atau kesian kan dia bila kalian bersua muka,sehinggalah detik akhir dalam hidupnya..tapi Cik Mah rasa kamu ada hak untuk tahu,dia menghidapi leukimia..Ini hadiah dan surat yang arwah tinggalkan untuk kamu..dia minta Cik Mah sampaikan pada kamu sekiranya dia sudah tiada lagi.."


" Terima kasih Cik Mah."


Dibuka perlahan surat tersebut..


Assalamualaikum sahabatku Firdaus...
ketika Daus mendapat surat ini..pastinya Laila sudah tiada lagi di muka bumi ini..namun jangan sekali Daus menangisi pemergianku ini..Anggaplah Laila harus pergi kesatu tempat paling jauh. InsyaAllah kita akan berjumpa di padang Masyar nanti..Laila minta maaf diatas segala kesalahan,tindak-tanduk Laila yang menyakiti hati Daus selama kita berkawan..Terima kasih diatas segalanya..kesempatan yang diberikan untuk mengenali hati budi mu Firdaus..Jagalah dirimu..kini Laila tidak dapat menjaga dirimu lagi..
Untuk terakhir kali nya..Laila sertakan bingkisan terakhir yang Laila buat untuk Daus..


Salam Sayang,
-Laila-

Bingkisan terakhir dibuka perlahan..Muka Firdaus berubah melihat isi kandungan bungkusan tersebut

" Kasut" detik dihati nya..


Mulai saat itu..mereka bukan lagi belangkas yang dikatakan..Al-Fatihah.

0 singgah selalu: